Selamat datang................

Ahad, 22 Mei 2011

Tanah runtuh lagi.

Hati terasa begitu pilu dan sedih dengan berita tanah runtuh yang menimpa Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Bt 14 Hulu Langat. Miss Kay tak pernah menolak ketentuan Ilahi. Tapi sebelum kita menerimanya sebagai ketentuan Ilahi kita seharusnya sentiasa perlu alert dengan persekitaran kita demi mengelak dan menghindarkan segala bencana dan mara bahaya. Miss Kay rasa pihak-pihak berwajib juga perlu melakukan pemantauan dari masa ke semasa di kawasan berbukit dan cerun2 yang mana bangunan kediaman dan sebagainya telah didirikan. Mereka tu mungkin kurang arif dengan persekitaran mereka sebelum bangunan berkenaan didirikan dan akibatnya terjadilah perkara2 yang tidak diingini. Jika pihak berwajib sentiasa memantau dari masa ke semasa, yang Miss Kay rasa dah memang kerja dia orang pun, terutama pada musim hujan sekarang ni, mungkin kejadian yang tak diingini ini boleh dielakkan.

Malaysian?

Tiada apa yang begitu menarik hujung minggu ini. Seperti biasa berada di KL** dari 12.30 tengahari hingga 6.00 petang bersama kawan-kawan yang lain. Seronok juga sebab dapat bertemu dengan pelbagai ragam dan keletah manusia tak kiralah orang Malaysia atau orang luar. Orang Malaysia ni tak ramai yang sayangkan negara ni termasuk lah juga product keluaran negaranya. Tapi masih sudi nak mengaku sebagai 'Malaysian'. Kaya sikit dah lupa diri walaupun asal keturunan tu cuma penoreh getah. Memandang rendah dengan apa yang disediakan kepada foreigner tapi si foreigner tu relax je...tak kisah apa pun tapi si Malaysian tadi pulak yang terlebih!