Selamat datang................

Khamis, 7 Julai 2011





PD merupakan satu tempat percutian yang paling popular di Malaysia. Pada setiap hujung minggu, sepanjang tahun PD pasti dipenuhi orang ramai bersama dengan keluarga masing-masing. Mungkin kerana lokasinya yang tidak jauh dari Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan, menyebabkan PD sentiasa penuh pada hujung minggu.



PD hari ni pun tak macam dulu lagi, hotel-hotel dan chalet-chalet dah semakin banyak dengan pelbagai pakej menarik yang ditawarkan.


Cuma yang sedih tu dia orang ni suka buang sampah merata-rata sesuka hati. Tak de langsung perasaan cintakan alam sekitar. Pelancung asing pun ada jugak datang kat PD ni. Menggeleng kepala diaorang tengok perangai orang Malaysia ni yang reti menjaga kebersihan. Buek malu muko yo!.




Hotel-hotel kat PD ni satu hal la jugak. Ada ke patut saluran parit dan longkang dihalakan ke laut! Lepas tu kita mandi manda pulak kat situ..kalau pun jauh sikit dari longkang dan parit tu, tapi sisa buangan tu masuk ke laut hampir 24 sehari…cuba bayangkan….uwekkkk! Selalunya lepas kene air garam, boleh kurangkan atau hilangkan kudis kat badan, tapi kalau mandi kat PD hari ni, silap hari bulan berkudis satu badan.

Hargailah keindahan alam ini agar generasi seterusnya dapat menikmati segala keindahannya dan janganlah kita hanya memikirkan hari ini sahaja tanpa memikirkan hari esok.

Isnin, 4 Julai 2011

Oh no...its Monday!

……… MONDAY blues……..zzzzzzzzzzzzzzzzzz
Punya lah susah nak bangun meninggalkan katil!.....tu lah yang berlaku pada setiap hari Isnin….







But still I need to wake up and need to do some exercise…..senam robik! together with Cindy Crowford!!!!!
>
>
>
>
>
>
>
>
>



(VCD lah!)


Bila dah sampai ofis lain pulak yang jadi….hu hu hu..kalau boss Nampak confirm hancur appraisal tahun ni….ada masa boss seghupe kita....tutup pintu bilik, pesan suruh screen call pas tu minta supaya tak di ganggu kalau tak ada urgent issues. Kononnya busy…tapi …dia pulak yang zzzzzzzzzzzzzz Monday blues!




Dalam keadaan begini……….thick black coffee may help!

Oh tidaaaaaakkkkkkkkkkkkkkkk..its MONDAY BLUES……………dolllllllllllllllllllllll!!!!

Apa pun diri ini tetap digagahkan ke ofis, daripada ambik MC.....lagi teruk appraisal nanti...baru le gigit jari....

Ahad, 3 Julai 2011



SPCA...pusat perlindungan haiwan...mostly kucing dan anjing. Miss Kay memang sayangkan kedua-dua jenis haiwan ni. Paling rapat dan mesra dengan kita. Rasulullah telah meletakkan banyak kucing di sebuah Masjid di Mekah, dan itu lah permulaan SPCA sebenarnya. Tapi kebanyakkan kita suka tidak memperdulikan haiwan2 ni. Apa salahnya berkongsi sikit kehidupan kita dengan mereka. Kerana ketamakan kita, mereka tu kehilangan hak untuk hidup bebas. Tidakkah itu kejam. Rasa nya kerajaan kita perlu melaksanakan program pembedahan permandulan percuma di klinik-klinik haiwan supaya pembiakan mereka dapat di kawal dan kita boleh memberikan sedikit 'kehidupan' kepada mereka.

Sabtu, 2 Julai 2011

Perhimpunan lagi...

BERSIH mahu mengadakan perhimpunan lagi. Ah bosan dengan benda-benda ni semua. Pada Miss Kay ianya tak membawa apa makna sekali pun, menyusahkan lagi adalah. Tapi mereka yang sibuk sangat dengan perhimpunan ni memang tak reti nak fikir hak orang lain. Fikirkan peniaga-peniaga yang sedang mencari rezeki tu, sudah pasti pendapatan dia orang tu terganggu pada waktu tu. Yelah...mungkin perhimpunan yang bakal diadakan tu sengaja di buat di kawasan yang terbabit semata-mata nak menyebabkan huruhara kerana di kawasan di mana perhimpunan bakal di adakan tu, kebanyakan peniaga adalah mereka yang datang jauh dari ibukota. Mereka ni pantang di 'hangatkan' oleh orang2 BERSIH tu...confirm dia orang akan beramuk kat situ...dan akhirnya menganggu orang awam dan juga pelancung asing. Tak ke memalukan. Harap mereka boleh berfikir dengan waras dan membatalkan perhimpunan tersebut.