Selamat datang................

Khamis, 7 Julai 2011





PD merupakan satu tempat percutian yang paling popular di Malaysia. Pada setiap hujung minggu, sepanjang tahun PD pasti dipenuhi orang ramai bersama dengan keluarga masing-masing. Mungkin kerana lokasinya yang tidak jauh dari Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan, menyebabkan PD sentiasa penuh pada hujung minggu.



PD hari ni pun tak macam dulu lagi, hotel-hotel dan chalet-chalet dah semakin banyak dengan pelbagai pakej menarik yang ditawarkan.


Cuma yang sedih tu dia orang ni suka buang sampah merata-rata sesuka hati. Tak de langsung perasaan cintakan alam sekitar. Pelancung asing pun ada jugak datang kat PD ni. Menggeleng kepala diaorang tengok perangai orang Malaysia ni yang reti menjaga kebersihan. Buek malu muko yo!.




Hotel-hotel kat PD ni satu hal la jugak. Ada ke patut saluran parit dan longkang dihalakan ke laut! Lepas tu kita mandi manda pulak kat situ..kalau pun jauh sikit dari longkang dan parit tu, tapi sisa buangan tu masuk ke laut hampir 24 sehari…cuba bayangkan….uwekkkk! Selalunya lepas kene air garam, boleh kurangkan atau hilangkan kudis kat badan, tapi kalau mandi kat PD hari ni, silap hari bulan berkudis satu badan.

Hargailah keindahan alam ini agar generasi seterusnya dapat menikmati segala keindahannya dan janganlah kita hanya memikirkan hari ini sahaja tanpa memikirkan hari esok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan