Selamat datang................

Khamis, 16 Jun 2011

kembali bekerja

Sepanjang bulan Mei yang lalu Miss Kay telah 'bercuti' dari bekerja. Kini Miss Kay sudah kembali bekerja. Selama sebulan tu pun bukan lah duduk diam saja, tapi Miss Kay masih bekerja separuh masa untuk mengelakkan rasa boring. Masa lapang Miss Kay isi dengan hobi yang telah lama Miss Kay tinggalkan. Miss Kay telah mengait (chrochet) topi sebagai persediaan bila rambut dah penuh uban nanti, Miss Kay pakai lah topi tu, alah2 macam Datuk Siti Nurhaliza gitu. Dah 8 biji topi yang Miss Kay dah buat dari pelbagai warna.

Dah cuti panjang, seronok dapat bekerja semula di Pejabat baru, suasana baru dengan rakan sekerja yang baru. Harap pejabat baru ni lebih baik yang lepas. Situasi Pejabat ni kat mana sekali pun sikit lebih kurang sama aje cuma peratusan permainan politik (office politic) tu yang berbeza-beza. Nak kena pandai membawa diri dan jangan sibuk ikut campur urusan orang lain. Datang kerja buat kerja, bertindak mengikut arahan pada sepanjang masa dan jaga kerja sendiri dengan baik.Nak tunjuk kebolehan pun biar dalam skop kita aje.

Bangun seawal jam 5 pagi dan cuba lakukan aktiviti senam robik yang dah lama Miss Kay tinggalkan sebab mengalami sakit otot sejak 2 tahun lepas. Ni pun belum baik lagi tapi lama sangat tak bersenam badan rasa tak best. Bila start semula wah...menyengat satu badan rasanya...lepas 3 kali buat dah rasa okay dah tak de rasa sakit lagi. Tapi sakit otot tu belum pulih lagi cuma kurang sikit. Kalau ada mengikuti blog Miss Kay ni dan kalau ada cara/petua rawat sakit otot boleh lah maklumkan pada Miss Kay. Sakit otot tu pun disebabkan oleh senam robik juga, silap 'teknik' lah tu....memang sakit.

Selasa, 7 Jun 2011

Institusi kekeluargaan Islam

Nak mendapatkan sebuah keluarga yang sempurna tu hampir mustahil kadang2. Yang Miss Kay maksudkan sempurna...berjaya kehidupan dunia dan tidak melupakan akhirat. Perkembangan teknologi komunikasi yang semakin canggih hari ni lebih membawa kepada kemudaratan rasanya. Idia2 dari barat tu bukan boleh diikut sangat pun terutama dari segi mendidik anak2. Institusi kekeluargaan itu sebaik selalu bermula di rumah. Rangkaian television yang semakin bertambah pun dah cukup untuk merosakkan akhlak anak2 kita. Miss Kay belum pernah lagi bawa anak2 tengok wayang sebab Miss Kay sendiri bukan kaki wayang. Tapi beli VCD tu adalah. Issue dah out dated tak jadi hal langsung. Tengok kat rumah lagi seronok boleh baring2 bersama keluarga sambil menonton bersama. Makan kat luar pun kalau ikutkan adab Islam memang tak digalakkan pun...sebaiknya makan di rumah bersama keluarga...dimulakan dengan doa yang baik2 oleh si Ayah..confirm erat selamanya satu  keluarga hidup saling menyayangi. Tapi masa makan tu jangan lah pulak merapu yang bukan2 sebaliknya berbicara perkara yang baik di hadapan anak2. Melihatkan remaja hari ni cukup menakutkan Miss Kay. Betul kata orang tua, anak kalau tak cukup besar lagi jangan selalu bawa keluar berjalan nanti bila besar tak reti nak duduk rumah...asyik nak merayap aje. Miss Kay ada  2 orang anak. Yang perempuan memang tak di bawa berjalan sana sini berbanding dengan yang lelaki...so yang perempuan tu, remaja sekarang ni, memang tak suka merayap, suka duduk rumah tapi yang lelaki agak suka keluar berjumpa kawan2 tapi still under control..jadi kurang pening. Takut tengok the way of life budak remaja kita sekarang ni.

artis kita artis orang

Miss Kay kebelakangan ni ada juga menonton persembahan artis kita. Tapi ada masa rasa mual dan loya tekak ni melihatkan performance dia orang tu....alahai yang tergela-gela tu yang tak boleh tahan. Rasanya mereka tu patut attend grooming class!. Menyanyi dah lah terjerit-jerit sampai tegang urat leher. Dari segi pakaian pulak..mak ai...dah tau kulit tu meghelip pakai lah baju yang warnanya boleh cover sikit kulit yang meghelip tu supaya seimbang, dah tu pakai pulak seluar ketat. Miss Kay paling suka tengok artis dari Korea, Taiwan dan Jepun. Kalau pakai ketat pun tak lah buruk macam artis kita, warna sedap mata memandang....kalau rock pun nampak kemas dan bersih. Artis kita...dah lah warna pakaian, corak pakaian teruk, muka pun tak reti nak jaga...jerawat nak sebesar gunung berapi, getik nengoknye. Miss Kay paling berkenan dengan Anuar Zain. Smart dan bersih penampilan. Baru lah ada kelas. Kalau artis perempuan pulak...terutama yang perasan nak jadi Lady Gaga tu...gila ke apa. Cerminlah sikit muka dan diri awak tu..dah buang tebiat ke apa...makin tua makin menjadi! statement 'jangan pandang luaran' tu jangan nak dijadikan alasan lah!