Selamat datang................
Selasa, 7 Jun 2011
Institusi kekeluargaan Islam
Nak mendapatkan sebuah keluarga yang sempurna tu hampir mustahil kadang2. Yang Miss Kay maksudkan sempurna...berjaya kehidupan dunia dan tidak melupakan akhirat. Perkembangan teknologi komunikasi yang semakin canggih hari ni lebih membawa kepada kemudaratan rasanya. Idia2 dari barat tu bukan boleh diikut sangat pun terutama dari segi mendidik anak2. Institusi kekeluargaan itu sebaik selalu bermula di rumah. Rangkaian television yang semakin bertambah pun dah cukup untuk merosakkan akhlak anak2 kita. Miss Kay belum pernah lagi bawa anak2 tengok wayang sebab Miss Kay sendiri bukan kaki wayang. Tapi beli VCD tu adalah. Issue dah out dated tak jadi hal langsung. Tengok kat rumah lagi seronok boleh baring2 bersama keluarga sambil menonton bersama. Makan kat luar pun kalau ikutkan adab Islam memang tak digalakkan pun...sebaiknya makan di rumah bersama keluarga...dimulakan dengan doa yang baik2 oleh si Ayah..confirm erat selamanya satu keluarga hidup saling menyayangi. Tapi masa makan tu jangan lah pulak merapu yang bukan2 sebaliknya berbicara perkara yang baik di hadapan anak2. Melihatkan remaja hari ni cukup menakutkan Miss Kay. Betul kata orang tua, anak kalau tak cukup besar lagi jangan selalu bawa keluar berjalan nanti bila besar tak reti nak duduk rumah...asyik nak merayap aje. Miss Kay ada 2 orang anak. Yang perempuan memang tak di bawa berjalan sana sini berbanding dengan yang lelaki...so yang perempuan tu, remaja sekarang ni, memang tak suka merayap, suka duduk rumah tapi yang lelaki agak suka keluar berjumpa kawan2 tapi still under control..jadi kurang pening. Takut tengok the way of life budak remaja kita sekarang ni.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan