Selamat datang................

Khamis, 16 Jun 2011

kembali bekerja

Sepanjang bulan Mei yang lalu Miss Kay telah 'bercuti' dari bekerja. Kini Miss Kay sudah kembali bekerja. Selama sebulan tu pun bukan lah duduk diam saja, tapi Miss Kay masih bekerja separuh masa untuk mengelakkan rasa boring. Masa lapang Miss Kay isi dengan hobi yang telah lama Miss Kay tinggalkan. Miss Kay telah mengait (chrochet) topi sebagai persediaan bila rambut dah penuh uban nanti, Miss Kay pakai lah topi tu, alah2 macam Datuk Siti Nurhaliza gitu. Dah 8 biji topi yang Miss Kay dah buat dari pelbagai warna.

Dah cuti panjang, seronok dapat bekerja semula di Pejabat baru, suasana baru dengan rakan sekerja yang baru. Harap pejabat baru ni lebih baik yang lepas. Situasi Pejabat ni kat mana sekali pun sikit lebih kurang sama aje cuma peratusan permainan politik (office politic) tu yang berbeza-beza. Nak kena pandai membawa diri dan jangan sibuk ikut campur urusan orang lain. Datang kerja buat kerja, bertindak mengikut arahan pada sepanjang masa dan jaga kerja sendiri dengan baik.Nak tunjuk kebolehan pun biar dalam skop kita aje.

Bangun seawal jam 5 pagi dan cuba lakukan aktiviti senam robik yang dah lama Miss Kay tinggalkan sebab mengalami sakit otot sejak 2 tahun lepas. Ni pun belum baik lagi tapi lama sangat tak bersenam badan rasa tak best. Bila start semula wah...menyengat satu badan rasanya...lepas 3 kali buat dah rasa okay dah tak de rasa sakit lagi. Tapi sakit otot tu belum pulih lagi cuma kurang sikit. Kalau ada mengikuti blog Miss Kay ni dan kalau ada cara/petua rawat sakit otot boleh lah maklumkan pada Miss Kay. Sakit otot tu pun disebabkan oleh senam robik juga, silap 'teknik' lah tu....memang sakit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan